Nuffnang ads

Tutorial: JAHIT BAJU

Cara menjahit baju tidur baby (konsep baju melayu johor tanpa pesak)


Baju tidur (umur 1 tahun)

1.       Ambil ukuran bdn baby
a)      BAJU
-          Lebar bahu: 8”
-          Lebar dada: 10”
-          Labuh baju: 10”
-          Lingkaran ketiak: 16”
-          Lingkaran pergelangan tangan: 6”
-          Labuh lengan baju: (bgantung lengan pjg @ lengan pendek)

b)      SELUAR
-          Labuh seluar: 11”
-          Lingkaran pinggang: 10”
-          Lingkaran punggung: 24”
-          Labuh cawat: 9”
-          Lingkaran pergelangan kaki: 6”

2.       Potong kain mengikut ukuran tersebut (mesti dilebihkan sebanyak 1” bagi stp ukuran)
a)      BAJU
1.       Lipat kain berukuran 12” x 12” (2 helai depan belakang)
2.       Potong lipatan kain tersebut
3.       Lipat lipatan kain tersebut menjadi separuh. Potong bucu kain (kecik je) sbg tanda utk leher dan ketiak bg memudahkan menjahit nanti
4.       Potong menyerong lipatan kain yg tdk bersambung mengikut saiz ketiak 9” dgn serongan bersaiz 1”
5.       Lipat kain secara memanjang. Letak acuan leher di tempat yg telah ditanda td. Tebuk leher mengikut acuan tersebut. Potong 2” drp tengah leher mcm baju kurung utk dibuat leher baju
6.       Hasil: sehelai kain yg dilipat tengah dgn lubang leher dtengah2

b)      LENGAN BAJU
1.       Lipat kain secara memanjang
2.       Potong kain mengikut ukuran 9”x 7” sebanyak 2 helai
3.       Potong menyerong lipatan kain di salah satu hujung dgn saiz serongan adalah 1” (bahagian menyerong ini akan disambung pada bahagian ketiak)
4.       Hasil: 2 helai kain yg panjang menyerong

c)       SELUAR
1.       Lipat kain berukuran 16”x14” (2 helai depan belakang)
2.       Potong kain mjadi 2 helai berasingan
3.       Setiap helai, lipat tengah
4.       Pada bahagian tengah kain (yang bercantum) tanda ukuran 9” (utk cawat).
5.       Potong menyerong bahagian cawat dgn serongan bersaiz 1” (utk dapatkan lingkaran punggung 12”)
6.       Dari ukuran cawat tadi, potong menyerong ke bwh utk dapatkan lingkaran pergelangan kaki bersaiz 8”
7.       Hasil: 4 helai kain yg kecil berbentuk ala2 trapezium



i)                    Jahit baju dan seluar
ii)                   Buat lingkaran getah dgn ukuran  8” (ukuran pinggang 9”)
iii)                 Lipatkan bahagian pinggang  pd seluar dan masukkan lingkaran getah ke dlm
iv)                 Jahit di atas lipatan kain yg berlebihan. Jangan jahit di atas getah

p/s
1.        selepas kain dipotong, sila jahit kelim (hantar je kt kedai jahit) utk mgelakkan kain berbulu
2.       Bahagian leher, pergelangan tangan & pergelangan kaki dijahit dgn satin bias berwarna biru bg mgelakkan kain berbulu (nmpak sweet =) skit)
3.       Bahagian bawah baju dijahit kelim ked lm or jahit je dgn satin bias gk. Hasilnya jd lah baju tido aka bju melayu tanpa pesak (blh tambah poket n hias dgn felt)

No comments: